Rakan2 Yang Sudi Mengikuti Perkembanganku

Sunday, September 26, 2010

Syawal 2010 : Raya Pertama

Salamualaikum...
org lain dah abis citer bab raya Ummi baru nak mula....hehhehehe..nak buat cam na sekarang ni mood tak berapa nak baik..& kesihatan tak berapa nak mengizinkan......hari ni baru la ada masa & mood tenggah baik so haruslah ummi nak kongsi cerita syawal kami tahun ni.....tak best plak kalau citer tanpa ada gambar..so sambil tengok gambar sambil cerita lakan...baru la syok.....

tahun ni sekali lagi tema PINK....
1st time Dania berbaju kurung di hari yang mulia....
Suka sgt tengok Dania yang sentiasa happy
bawa pi jalan2 pun tak banyak ragam.....


Ni ngan adik bongsu Ummi
tahun ni turn kami plak beraya ngan mak ayah
so dah tahu la kan tahun depan turn sapa plak...huhuhu..
tema kami tahun ni nak sama jakan....
padahal tak plan pun....


Ni la mak & ayah Ummi...
tahun ni baju raya mak yg paling banyak....lebih dari 3 pasang..huhuhu...
raya sakan mak ayah ummi tahun ni..
hope diorg panjang Umur & tahun depan & seterusnya leh beraya lagi.....


Ni plak keluarga Mak Cik Tie a.k.a mak sedara Ummi merangkap adik mak ummi
tahun ni diorg beraya di sini
kalau tahun lepas kami beraya rumah mak cik..
tahun ni turn mak cik plak beraya rumah kami...( mak ayah ummi la..)


Dania & Adam
Suka tengok diaorg ni berkawan sbb tak ada gaduh2..
baik2 ja....tapi kena ada yg awasi gak..
sbb bukan leh caya sgt budak dua org ni....heheeh...


aktiviti menziarahi sanak sedara...alhamdullilah tahun ni dapat beraya ngan org2 tersayang
raya pertama jer kat 15 rumah gak kami ziarah
time ni ja la yg leh berjumpa pun....
tak pun time kenduri kendara....
sedara mara belah mak Ummi mmg ramai..sampaikan kadang2 tu Ummi pun tak kenal...
hehehe.teruknya Ummi ni...


p/s: tak setiap rumah yg kami ziarah Ummi ambik gambar...ikut keadaan & mood...kalau Ummi rajin Ummi ambik..kalau tak rajin tak ada la gambar tu....hehehe...

p/s: sambung raya ke 2 plak nanti.....

Monday, September 20, 2010

Kembali Ke Rutin Yg Asal

Salam semua..cam na raya tahun ni..meriah ker...alhamdullilah raya Ummi semuanya ok.sgt2 meriah...ada rumah sedara yg tak sempat nak pergi & ada juga yang tak sempat nak singgah...al-maklum la..aktiviti amat2 la padat..citer raya nanti2 la Ummi storykan sikit2...ari ni just nak kasi hangatkan sikit blog Ummi yg agak sejuk ni.....hehehee...

Puasa sudah, raya sudah, cuti pun sudah....so sekarang kembali la ke rutin asal...selepas bercuti panjang..nak mula kerja punya la malas yg amat....kalau sebelum cuti berkobar2 semangat ni nak beraya....ni nak abis cuti mood semuanya ke laut...tapi apa2 pun keja kena teruskan..takkan tak kerja kot..nanti nak makan apa plakkan????????

k la out dulu yrk.....nanti kita sambung lagi citer pasai raya Ummi & Keluarga tahun ni......

Wednesday, August 25, 2010

Megahasz Giveaway #3/2010

salam..kali ni nak mencuba join contest ni plak..mana tau kot2 la Ummi bertuah....


Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di http://megahasz.blogspot.com

Tarikh Tutup : 31/08/2010

"Senyuman Manis Si Comel Give Away"

Salam semua..sedar tak sedar dah 15 hari kita berpuasa....(ummi dah tak sabar nak berraya ni...hihihi)..

berbalik pada cerita asal..kali ni ummi nak join contest yg di anjurkan oleh MamaZarith



kalau ada yang berminat nak join sila clik SINI


"senyumam manis anak dara ummi"



Gambar ni di ambil masa kami anak beranak tunggu Mr Baba bersolek..kami nak berbuka di rumah tok Dania..Dania pantang nampak Ummi pegang camra msti tersenyum & buat macam2 gaya tanpa disuruh...(tocang tu kejap jer bertahan..abis jer sesi bergambar terus Dania uraikan)

Nama Penuh Sicomel:NUR DANIA ALLYSA BT MOHD EDZUAN
Umur Sicomel:1 TAHUN 2 BULAN
Status Sicomel : ANAK SENDIRI
Nama Pengirim:HALIJAH

Tuesday, August 24, 2010

Kunjungan Balas

Kunjungan balas kemana plak ni....hehehe....sebenarnya ni la kali pertama Dania & Mr Baba datang ke bilik opis baru Ummi...bilik lama dah selalu la diorg anak beranak ni datang..tapi sejak Ummi pindah ke bilik baru..Dania & Mr Baba belum sampai lagi kesini....so dah alang2 datang hantaq Ummi ari ni ....menjadi satu kemustian la kan Ummi ajak Mr Baba tengok opis baru ...(sebenarnya Ummi nak bagi list tempahan kuih raya kat Mr Baba....hehehe)

Alhamdullilah..tahun ni ramai gak la opismate Ummi oder kuih raya..dapat la sikit komisen dari tak dapat langsung...hehehe...leh la beli sehelai baju raya kan.....ok2..berbalik ke cerita sebenar....

orang yang palaing happy tak lain dan tak bukan Dania la...bukan apa kat opis Ummi ni ada ruang yang besar...ada pokok2...so berlari sakan la dia....tapi bila ada student tegur..cepat2 lari ke Ummi....Dania ni amat tak berapa mesra ngan org yg dia tak kenal..huhuhu...

sebelum Dania & Mr Baba balik harus la bergambar dulukan......

Dania yang tenggah teruja

suka ngan pic ni..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Anak & Baba sama jer....

Chek up 1 tahun 3 Bulan


sementara tunggu nama dipanggil jom tengok apa nak bertuah ni buat
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Dania buat cam umah sendiri
Bila Ummi larang dia marah
dah la suara kuat..satu klinik dengar
pas main yg ni..dania pi cuit rakan2 sebaya dia plak
yg paling tak tahan tu berebut nak timbang guna penimbang ibu2 mengandung...
hehehe..macam2 la Dania ni..lasak sungguh...

p/s: pas urusan di klinik selesai Mr Baba & Dania hantar ummi ke pajabat & Mr Baba balik umah Tok Durrah sementara nak tunggu ummi balik

p/s: hari ni Mr Baba jadi pengasuh sbb pengasuh Dania ada hal kat JKM....

p/s: 19/10/2010 kena pi plak knik..tuk cucuk setahun setengah..hope yg ni kali terakhir..

Sunday, August 22, 2010

Jatuh dari Jeep

Salam semua...masih segar lagi diingatan kejadian dania jatuh tersembam dari jeep biru dia...
Lasak sungguh la anak dara Ummi sorang ni..
kalau main mengalahkan org besar,,,semuanya nak dipanjat..di ketuk
dan bila dilarang tak diendahkan..ni la yang Dania dapat..
tersembam dilantai..huhuhu...

Bibir yang mula membengkak sbb terluka....
tertiba plak dapat bibir seksi...
Ummi cepat2 tuam pas Dania jatuh..
kalau tak tuam msti lagi bengkak...


1st time ni dania jatuh dah luka sampai berdarah2..
Tak sudah2 Ummi salahkan diri sebab tak sempat nak sambut Dania
cepat sangat kejadian tu...

Time ni dah ok sikit..
Ummi letakkan minyak kat bibir Dania
nasib boleh minum susu..
Lepas kejadian tu..Ummi & Baba ingatkan Dania dah serik nak main jeep tu
tapi pas 30minit
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taraaaaaaaa.....................

bawa "big bear" jalan naik jeep
tak serik pun ngan jeep ni..
sengih elok jer..tapi time jatuh teriak sampai leh dengar setaman...
ni la yg dikatakan budak2..
tak tahu erti serik...


p/s: Alhamdullilah pas keesokan harinya bengkak kat bibir dania dah surut sepenuhnya...nasib la gigi tak ada apa2..kalau tak tak pasal2 hilang kecomelan anak dara ummi ni...hehehe