Rakan2 Yang Sudi Mengikuti Perkembanganku

Thursday, February 24, 2011

Jangan Sampai termuntah!!!!!!!!!!!...TELOK BAYU

Amaran!!!!!!!!!!!

sila jgn termuntah dengan gambar2 dibawah
rasanya ni la n3 yg paling banyak gambar...
so enjoy menikmati gambar2 tuan blog
hihihihi..

kejadian berlaku pada minggu lepas
kami 3 beranak jalan2 makan angin
duduk dirumah sampai nak pitam
En suami yg sgt prihatin bawa la tuan2 putri jalan2 kat kawasan kg
kebetulan dah lama tak ke tempat ni
so harus la terjah
last kami dtg pun time tu Dania belum wujud lagi
tak nak cakap banyak
biar gambar yang menceritakan segala2nya...


ni la tempatnya
time kami sampai dah ramai org...
kebayakkan yg datang ke sini adalah golongan kaki pancing
boleh sewa chalet yrk
ada banyak gak chalet disediakan



deretan kereta memenuhi ruang
kami just nak pi cuba test makanan kat restoran terapung jer
sambil2 menikmati angin yg sepoi2 bahasa...


alhamdullilah dah selamat sampai ke restoran terapung ni
aksi 2 beranak mengukur keluasan restoran ni

dah selesai ukur keluasan restoran ...berehat kejap
time ni hanya ada 2 family ja
satu family nun dibelakang
dan lagi satu kami la...


semantara makanan nak sampai basahkan tekak dulu yrk


peace versi 5 jari dari Dania...


bila anak happy ummi & baba pun senang hati


dah selesai makan..
tiba la masa kami nak balik
kena tunggu bot datang bawa kami ke darat
dekat ja....


Dania yg takut bila naik bot
sepatah pun tak bercakap



ok semua...kami dah nak balik ni
nanti lain kali leh datang lagi
bawa tok & tok wan plak
datang kali ni tak plan pun

p/s: Gambar makanan tak ambik pun..sbb bila sampai ja semuanya ngap!!!!!!!!!!!!

URUT MENGURUT

as salam
alhamdullilah sekarang ummi dah 28week
esok kena pi klinik tuk follow up berat yang terlebih baru2 ni
harap2 tak ada masalah ..

berbalik pada tajuk..sekarang Mr Baba ada tugas baru tiap2 malam
iaitu MENGURUT.....al kisahnya, baru2 ni ummi diserang tarik mengkarung (org kedah sebut ) @ kejang otot....
walaupun diserang sekejap ja..tapi kesannya amt la lama tuk baik
masih terasa hingga kini..
so nak mengurangkan rasa sakit harus la diurut supaya sakit tu tak berlarutan
dan tukang urut tu tak lain dan tak bukan Mr Baba la
alhamdullilah sekarang sakit dah makin kurang
tapi aktiviti mengurut msti diteruskan
lagipun mmg best bila diurut
selain dapat menghilangkan sakit
ia juga dapat mengeratkan hubungan suami isteri
hahahaha...

antara salah seorang yg wajib Mr Baba urut selain dari Ummi
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

NUR DANIA ALLYSA la.....
jgn fikir yang bukan2 tau....

Budak ni pun sibuk nak mengurut gak...pantang Baba panggil Ummi tuk mengurut dia yg ambik minyak & hulur betis dulu......:)

p/s: korang penah tak diserang tarik mengkarung????..

Sunday, February 20, 2011

Jemput Udang

assalamualaikum...
jumaat baru2 ni ai buat minum petang tau..
"jemput udang"
sbb letak nama tu dik kerana udang tu kecik2 jer...so ai gaulkan sekali gus terus
sekali hadap ja kami anak beranak..makan sampai licin...

adunan dah siap dibancuh
tunggu minyak panas ja ni
bahan2: tepung gandun,sebiji telur,udang,daun kucai,bawang besar & kecik,garam,gula & bahan perisa



jemput udang sedang memanaskan diri dlm kuali
saiz ikut suka yrk
ai buat kecik2 sbb senang nak makan...



dah pun siap untuk dimakan
cicah ngan sos jer
dipasangkan ngan air tea O panas



P/S: pertama kali buat cucur tuk minum petang ditahun 2011....nampak sgt la ai ni jarang masak kan.....hehehe

Thursday, February 17, 2011

Check up : Akibat makan banyak

salam
semalam kan aku ada monthly checkup kat KD
try la pi awai kot2 leh balik awai...
tapi seperti biasa sila jgn nak berangan yrk..
kalau ai datang awal..ada lagi yg datang lebih awal dari ai...

bila sampai tu cam biasa la..ambil no...test air kencing
pas tu tunggu la misi panggil no giliran
hampir sejam tunggu..turn aku pun sampai..
mula2 timbang...takut wei...
berat dah naik 3kg
dlm hati ni dah mula tak sedap hati ni..
rasa cam nak kena marah ja ni....hahaha...
alhamdullilah tekanan darah dan Hb ok..cuma berat ja yg terlebih....
so tak pa la....pi plak kat step yg ke 3...kena tunggu lagi...

ada la dlm 30 minit cam tu..misi panggil plak..
nak chek kedudukan anak, tinggi rahim & dengar jantung bb...alhamdullilah semuanya ok...
tapikan....mai tang berat...huhuhu..
misi dah start buat2 tanya...
awat yg berat naik banyak sgt niiiii????
ni bahaya ni sbb sebulan leh naik dlm sekilo ja.....
aku ngan muka penuh manis bgtau la..aku mmg kuat mkn la ni....
so mula la sesi soal jawab....
pas tu misi kata bila dah berat naik terlalu banyak..
nampaknya dia kena pantau aku..
so bermula minggu depan aku kena datang ke klinik 2 kali seminggu tuk check darah & timbang..
dan bermula hari ni aku kena diet....

misi ada bgtau..risiko kalau berat naik terlalu banyak takut ibu mengandung mendapat sawan mengandung...mak aiiiii..takut wei bila dengar perkataan sawan ni...mintak simpang la dari penyakit semua tu....
ni pertama kali aku dengar tentang penyakit ni....
misi ada bgtau....kalau terdapat siptom2 cam pening/sakit kepala yg kuat,penglihatan kabur atau silau,muntah & sakit/pedih bulu hati kena cepat2 ke hospital.....sbb ni semuanya siptom2 sawan mengandung.....
kalau tak dapatkan rawatan segera sawan mengandung ni boleh menyebabkan berlakunya pendarahan otak,lumpuh,kerosakan buah pinggang & boleh membahayakan nyawa ibu & bayi (maut)...

ya allah baru la aku mula insaf bila dengar risiko penyakit ni....
mmg bulan ni aku makan sungguh2...apa yg rasa nak makan ku bedal jer sepuas-puasnya...
ditambah plak ada yg melayan nafsu mkn aku ni..so lagi la menjadi2....

dipendekkan cerita..mula hari ini aku dah mula kurangkan kuantiti & jadual makan aku
dan bermula hari isnin ni..sebelum datang kerja aku kena singgah di klinik desa tuk check tekanan darah,hb & timbang....harap2 semuanya leh kembali ke keadaan normal....
moga aku & bayi dilindungi dari sebarang bahaya yg ditempah sendiri....

antara bukti yg menunjukkan aku mmg kuat makan bulan ni
banyak lagi..tapi yg ni ja ku sempat ambik gambar





penyumbang kepada kenaikan berat badan yg sgt2 la berkesan
durian ni aku makan dalam sehari ja...tapi dua sesi la...
total ulas yg berjaya di makan : 38 ulas

satu lagi aku suka minum minuman bergas...leh dikatakan setiap minggu ada la 2 kali ku langgah air bergas....pas tu minggu lepas ku keja lunch KFC ja
so cam na la tak naik sampai 3kg.....
bak kata Mr Baba..sendiri makan sendiri tanggung la...
huhuhu

p/s: korang penah jadi cam ni tak???

Monday, February 14, 2011

Hari Minggu Baru2 Ni....

Salam semua..apa habaq..tuan blog alhamdullilah sihat2 sokmo..ni tenggah sengkak sbb baru pas lunch...makan tak ingat sampaikan tak leh nak butangkan kain...hahaha....

ok2..berbalik pada tajuk asal..lama rasanya tak tempek gambar Dania dlm blog ni..almaklumla...mood nak ambik gambar & bergambar amat2 mendukacitakan....hehehe...

cam na tak tau cuti baru2 ni ( Sabtu) mood nak ambik gambar dania tiba..
so harus la cepat2 menggunakannyakan....
jom la layan gambar anak dara ummi yang makin besar & banyak akal ni
lasak tok sah cakap la kan...
ngalahkan org besar @ budak boy lagi
sebagai ummi kena la banyak bersabar

asal ambik gambar ja msti nak buat peace
peace versi Dania yg tak menjadi...

ummi buatkan sarapan sup macaroni tuk Dania
sambil makan sambil tengok katun
makan sikit ja..selebihnya main ja...

Budak yg sgt2 la notty..tapi comel
ada2 ja gelagat Dania yg menghicurkan Ummi & Baba

Tenggah makan tiba2 Baba balik dari kerja
kerja jugak yrk walaupun hari cuti
cepat2 Dania panjat grill sbb nak buka tuk Baba
suka sgt panjat grill sekarang ni...
(sebenarnya time ni badan dania dah mula panas....)

so ni la aktiviti Dania pagi sabtu minggu ni
pas tu dalam kul 12 tggari bergegas ke klinik sbb Dania demam
Lama dania tak demam ( hampir 3 bulan )
so harusla bawa Dania ke klinik sbb stock ubat mmg tak ada...

P/S : nampak muka dania cam lebih matang dari usiakan....

Thursday, February 10, 2011

Aku Yg Tidak Berapa Nak Sihat

Salam
huhuhu...ari ni my mood betul2 tak stabil sbb diserang virus selsema...mula2 Wan ( laki aku la...) yg kena masa cuti CNY..sekarang dah berjangkit kat aku...virus ni dah serang aku dari kemarin lagi,cuma hari ni ja dia betul2 merebak ke rongga hidung aku yg tak mancung ni....padahnya ari ni aku bawa bekal dua kain tuala yg kecik tu..sbb aku kalau selsema tak suka pakai tisu....

bila dah selsema ni..tau2 ja la...asyik nak bersin ja..pas tu air kat hidung melelah2 tanpa henti,betul2 mengganggu konsentrasi aku nak buat kerja....tapi alhamdullilah virus ni hanya menyerang hidung aku ja....sbb aku hanya selsema,tidak demam...tu yg paling penting...

Bila dah sakit ni automatik la aku akan lebih rajin minum air suam..kalau idak jgn harap yrk aku nak teguk air kosong yg suam tu..pagi2 dah bedal air ais...hahaha....k la..tak nak bebel panjang2..nanti ada plak yg boring....

p/s: rasnya sekarang ni musim org tak sihat kot..sbb kemarin pi chek up..misi kat Klinik pun dok sok sek sok sek.....

Wednesday, February 9, 2011

MGTT Test....

Salam semua.....baru ada mood nak update blog ri ni...nak citer pasal MGTT test yg aku buat pagi ni..bagi yang penah pregnant dan ada keturunan (ibu @ ayah ada kencing manis) wajib la kena buat ujian ni...ujian ni tak susah pun..hanya ambil darah sedikit kat lengan yg gebus ni pas tu minum air gula yg manis melecas tu than tunggu dua jam ( tak leh makan apa2 tau ) pas tu ambik balik darah kat lengan....abis la ujian tu...minggu depan dapat la resultnya.

kalau result tak molek pihak Klinik akan call la mak buyung a.k.a aku...huhuhu..harap2 ok la result tu sbb sejarah masa pregnantkan Dania dulu alhamdullilah result aku ok...( so kali ni yakin result akan ok....)..kalau tak ok nanti aku bgtau kat korang semua yrk....

nak share sikit ngan kawan kat sana....aku nak bagi tips cam na nak minum air gula tu supaya tak terkeluar balik...sbb aku mmg mengamalkan tips ni dari dulu lagi dan alhamdullilah ok....tipsnya..terus minum senafas jer air tu..jgn nak minum sikit2...kalau tak alamatnya abis la keluar balik dan tak pasal2 kena minum lagi segelas air gula....huhuhu..

tadikan ku beranikan diri naik penimbang walaupun misi tak suru..saja nk timbang tengok dah berapa berat aku sbb sejak seminggu dua ni selera mkn aku punya la besar mengalahkan perut...hahaha...dan seperti yg dijangkakkan berat dah bertambah 2kg menjadikan 79kg....ayoyo....minggu depan nak kena pi chek up lagi..harus ku control makan ni..bukan pa takut melebihi had plak....kang tak pasi2 kena bebel ngan kak misi.....:)

p/s: bulan ni adalah bulan yg paling kerap aku kena pi ke klinik....penat2...bukan pa..penat menunggu...huhuhu...